Cara Renew CIDB Kad Hijau Online

people holding kad hijau cidb

Isi Kandungan

Tahukah anda bahawa diwajibkan semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan iaitu dengan memiliki Kad Hijau CIDB berkuatkuasa 1hb Jun 2015.

Sekiranya anda telah pun mempunyai kad hijau tetapi ianya telah tamat tempoh, anda perlu renew kad hijau CIDB anda supaya apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB.

Berikut cara renew kad hijau CIDB secara online;

Cara Renew Kad Hijau CIDB Online

Langkah 1 : Layari Website DaftarCIDB.com.my

Layari laman web kami daftarcidb.com.my dan di pada laman utama akan memaparkan dua pilihan iaitu “Kad Personel Binaan CIDB“ dan “Kontraktor CIDB”. Klik pada butang “Kad Personel Binaan CIDB”. 

Langkah 2 : Pilih Jenis Pemohonan

Seterusnya, pilih jenis permohonan. Sekiranya anda adalah warga tempatan, klik pada butang “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Tempatan)” dan “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Asing)” bagi pekerja asing.

Langkah 3 : Isi Maklumat Pada Borang Permohonan Renew CIDB

Setelah Klik pada butang Pekerja Tempatan,. Anda perlu mengisi maklumat peribadi dan maklumat pewaris pada borang permohonan yang telah disediakan. Perlu diingatkan bahawa permohonan pembaharuan kad hijau cidb hanya boleh diproses sekiranya maklumat yang diterima adalah tepat.

Langkah 4 : Bersetuju Dengan terma & Syarat

Selepas mengisi kesemua maklumat anda, klik pada petak “Saya bersetuju dengan terma & syarat”. 

Borang 2

Langkah 5: Buat Bayaran

Anda boleh membuat bayaran renew CIDB kad hijau anda secara atas talian seperti yang tertera berikut. Sekiranya anda tidak mempunya perbankan atas talian, anda boleh emelkan kepada kami melalui bantuan@kadhijau.com atau hubungi/WhatsApp kami pada talian 0189040059. Pihak kami akan bantu anda.

Bayaran Cara Renew Kad Hijau CIDB

Langkah 6 : Terima Pas Sementara

Selepas bayaran dibuat, anda akan menerima resit bayaran melalui emel yang menyatakan anda telah membuat bayaran. Permohonan anda akan diproses dan anda akan menerima pas sementara dalam masa 48 jam (maksima) melalui emel anda seperti yang dinyatakan pada borang permohonan. Pas sementara ini sah digunakan untuk anda masuk ke tapak binaan. Berikut adalah contah pas sementara yang anda akan terima.

Pas sementara cara renew kad hijau CIDB

Langkah 7 : Terima Kad Hijau CIDB

Akhir sekali, kad hijau cidb yang telah siap diperbaharui akan di pos pada alamat penghantaran anda. Sekiranya permohonan pembaharuan kad hijau cidb anda tidak berjaya, pihak kami akan menghantar satu email untuk bayaran balik (refund) kepada pihak anda.

Rumusan Cara Renew Kad Hijau CIDB

Senang bukan? Hanya dengan 7 langkah anda boleh renew kad hijau anda dengan mudah dan cepat. Jangan lupa layari laman web daftarcidb.com.my dan isi borang permohonan untuk perbaharui kad hijau cidb anda.

5 Responses

      1. kad hijau saya tamat pada february 2025,bilaka saya perlu membuat pembaharuan?

        1. Hai.

          Untuk permohonan pembaharuan kad hijau CIDB boleh dibuat 3 bulan sebelum tamat tempoh. Untuk bantuan, boleh hubungi kami di 01116107119.

          Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bermula 15/12/2023, laman web iBINA akan bertukar ke laman web baharu: DaftarCIDB
This is default text for notification bar