Portal Online Daftar CIDB Malaysia

Kami menyediakan servis pendaftaran Kad Hijau CIDB / Kad Personel Binaan & Pendaftaran Syarikat Kontraktor dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia
daftar cidb kat personel binaan

Kad Personel Binaan CIDB

Merupakan perakuan bagi pekerja binaan yang telah menjalani kursus & latihan keselamatan di tapak pembinaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia – Construction Industry Development Board (CIDB). Setiap pekerja binaan (tempatan/asing) WAJIB memiliki Kad Hijau yang sah selaras dengan Seksyen 33, Akta CIDB 520.

Untuk makluman, berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2019, CIDB Malaysia memperkenalkan Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan baharu yang telah dinaiktaraf seiring dengan kemajuan teknologi.

Pendaftaran Kontraktor Dengan CIDB

Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah wajib bagi semua kontraktor tempatan untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB di bawah Seksyen 25 akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 di bawah Seksyen 29.

lesen CIDB
Lesen CIDB STB
lesen CIDB SPKK

Kenapa Anda Perlu Memilih Kami

Kelulusan Tinggi

Memastikan permohonan anda berjalan lancar

Proses Pantas

Setiap permohonan diproses dengan segera

Kerja Profesional

Berdedikasi untuk mencapai standard yang ditetapkan

Harga Berpatutan

Kadar yang sangat berpatutan dengan servis terbaik

Maklumbalas Pelanggan Daftar CIDB

Sebanyak 98% permohonan telah berjaya melalui DaftarCIDB.com.my

Athirah Hussin
Read More
Terima kasih kepada team DaftarCIDB sebab perbaharui kad hijau CIDB saya. Cepat dan mudah sangat. Next time saya renew dekat sini balik!
Farhan Ishak
Read More
Urusan daftar lesen kontraktor CIDB syarikat saya siap dalam masa 3 hari sahaja. Tak sangka secepat tu urusan dengan DaftarCIDB. Terima kasih!
Chee Wee Seng
Chee Wee Seng
Read More
Terima kasih DaftarCIDB kerana memudahkan urusan saya untuk renew kad hijau secara online dan tak perlu lagi pergi ke kaunter.
Previous
Next

Langkah-langkah Pendaftaran
Kad Personel Binaan (Kad Hijau CIDB)

Isi Borang

Isi borang pendaftaran kad personel binaan CIDB di laman web daftarcidb.com.my

LANGKAH 1

Buat Pembayaran

Buat pembayaran pendaftaran kad personel binaan CIDB secara atas talian

LANGKAH 2

Permohonan Diproses

Permohonan daftar kad personel akan diproses selama 3 hari bekerja

LANGKAH 3

Pas Sementara

Terima emel pas sementara CIDB dalam masa 48 jam

LANGKAH 4

*Bermula 16 Disember 2023, tiada lagi cetakan & penghantaran kad pintar Personel Binaan CIDB bagi permohonan baru / pembaharuan personel binaan.

Soalan Lazim

Kad Personel Binaan CIDB adalah kad/lesen yang dikeluarkan oleh CIDB kepada pekerja binaan yang telah menjalani latihan asas & keselamatan ditapak binaan. Pekerja binaan wajib memiliki Kad Personel Binaan CIDB yang sah sebelum memasuki tapak binaan.

Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan baharu yang telah dinaiktaraf seiring dengan kemajuan teknologi. Kad Pintar CIDB ini direkabentuk dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan serta penggabungan Kad Pintar bercirikan transaksi perdagangan.

Isi Borang Permohonan & buat bayaran pembaharuan kad secara online.

Kadar bayaran yang dikenakan sebanyak RM200 bagi setiap pendaftaran

DaftarCIDB dapat membantu untuk pendaftaran pekerja & majikan bagi memiliki Kad Personel Binaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan lebih mudah & lancar.

Dengan kepakaran yang ada, setiap permohonan dapat disiapkan lebih cepat & tidak membebankan anda.

Borang Pertanyaan

Dapatkan maklumat terperinci tentang permohonan anda dengan menghubungi kami – Ianya sangat mudah.

Hubungi Kami

Bermula 15/12/2023, laman web iBINA akan bertukar ke laman web baharu: DaftarCIDB
This is default text for notification bar