Cara Renew Lesen CIDB (Kontraktor)

Isi Kandungan

lesen cidb

Pengenalan

Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar mengikut akta pembinaan dan telah diberi mandat bagi menjalankan sesesuatu kerja berbentuk projek atau pembekalan kepada pihak yang menawarkan kerja yang dipanggil pemilik/owner/client. Mandat ini berbentuk surat tawaran atau lebih dikenali Letter Offer (L.O) di kalangan kontraktor. Surat tawaran diberikan kepada kontraktor yang memenangi sesuatu tender/sebutharga .Pemilik selalunya terdiri daripada pihak kerajaan , badan berkanun atau pihak swasta yang mahu mengadakan sesuatu kerja/projek dan memerlukan kepakaran tertentu bagi melaksanakannya. Bagi tujuan ini pemilik akan mengeluarkan tender/sebutharga dan memanggil kontraktor-kontraktor yang berminat untuk mendapatkan tender tersebut. Namun begitu, untuk memenangi sesuatu tender, kontraktor perlulah memastikan lesen CIDB masih aktif.

Sekiranya lesen CIDB kontraktor anda telah tamat tempoh, anda boleh rujuk cara renew lesen CIDB (kontraktor) seperti di bawah:

Cara renew lesen CIDB

Langkah 1 : Layari DaftarCIDB

Anda perlu melayari laman web DaftarCIDB. Kemudian klik pada butang Lesen Kontraktor CIDB.

cara daftar cidb

Langkah 2 : Pilih Jenis Permohonan

Sekiranya anda ingin mendaftar sebagai kontraktor tempatan, anda perlu klik pada butang Pembaharuan CIDB (Kontraktor Tempatan) tapi sekiranya anda ingin memperbaharui lesen CIDB kontraktor asing, klik pada butang Daftar Baru / Pembaharuan CIDB (Kontraktor Asing).

pilih permohonan

Langkah 3 : Isi Borang Permohonan

Sila isikan butiran maklumat syarikat dan pemohon pada borang permohonan yang telah disediakan. Sila pastikan maklumat yang diisi adalah tepat supaya pihak kami dapat menghubungi anda. Selepas maklumat diisi, anda perlu klik pada kotak “Saya bersetuju dengan terma & syarat” dan kemudian klik butang Hantar Permohonan.

Langkah 4 : Terima Panggilan

Dalam masa 24 jam, pihak DaftarCIDB akan menghubungi anda bagi mengesahkan permohonan dan memproses permohonan anda.

Rumusan

Senang bukan? Hanya dengan 4 langkah anda boleh renew lesen CIDB anda. Permohonan hanya mengambil masa 7-14 hari bekerja dan anda akan menerima lesen anda melalui emel yang telah diisi semasa membuat permohonan. Tunggu apa lagi? Renew dan daftar lesen CIDB anda di DaftarCIDB sekarang.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkaitan, anda boleh menghubungi kami melalui hotline kami 011-16157102 atau emelkan pada info@daftarcidb.com.my. Untuk respon yang lebih pantas, anda juga boleh whatsapp kami.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang ingin renew lesen CIDB.

Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bermula 15/12/2023, laman web iBINA akan bertukar ke laman web baharu: DaftarCIDB
This is default text for notification bar