Pengenalan
Adalah diwajibkan kepada semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan iaitu dengan memiliki Kad Hijau CIDB berkuatkuasa pada 1hb Jun 2015. Sekiranya anda belum mempunyai kad hijau dan terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan anda wajib daftar kad hijau CIDB. Apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Berikut adalah cara daftar CIDB online dengan daftarCIDB.
Cara Daftar CIDB online
Langkah 1 : Layari Website DaftarCIDB.com.my
Layari laman web kami daftarcidb.com.my dan pada laman utama akan memaparkan dua pilihan iaitu “Kad Personel Binaan CIDB“ dan “Kontraktor CIDB”. Klik pada butang “Kad Personel Binaan CIDB”.
Langkah 2 : Pilih Jenis Pemohonan
Seterusnya, pilih jenis permohonan. Sekiranya anda adalah warga tempatan, klik pada butang “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Tempatan)” dan “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Asing)” bagi pekerja asing
Langkah 3 : Isi Maklumat Pada Borang Permohonan
Setelah Klik pada butang Pekerja Tempatan,. Anda perlu mengisi maklumat peribadi dan maklumat pewaris pada borang permohonan yang telah disediakan. Perlu diingatkan bahawa permohonan daftar cidb hanya boleh diproses sekiranya maklumat yang diterima adalah tepat.
Langkah 4 : Buat Bayaran
Anda boleh membuat bayaran renew CIDB kad hijau anda secara atas talian seperti yang tertera berikut. Sekiranya anda tidak mempunyai perbankan atas talian, anda boleh emelkan kepada kami melalui info@daftarcidb.com.my atau hubungi kami pada talian 01116107119. Untuk respon yang lebih pantas, anda juga boleh WhatsApp kami. Pihak kami akan bantu anda menguruskan pendaftaran baru kad hijau CIDB.
Langkah 5 : Terima Pas Sementara
Selepas bayaran dibuat, anda akan menerima resit bayaran melalui emel yang menyatakan anda telah membuat bayaran. Permohonan anda akan diproses dan anda akan menerima pas sementara dalam masa 72 jam (maksima) melalui emel anda seperti yang dinyatakan pada borang permohonan. Pas sementara ini sah digunakan untuk anda masuk ke tapak binaan. Berikut adalah contah pas sementara yang anda akan terima.
Langkah 6 : Kad Hijau CIDB Dihantar
Akhir sekali, kad hijau cidb yang telah siap didaftar akan di pos pada alamat penghantaran anda dalam masa 60 hari bekerja. Sekiranya permohonan daftar kad hijau anda tidak berjaya, pihak kami akan menghantar satu email untuk bayaran balik (refund).
Rumusan
Senang bukan? Hanya dengan 7 langkah anda capat daftar kad hijau CIDB anda dengan mudah dan cepat. Jangan lupa layari laman web daftarcidb.com.my dan isi borang permohonan untuk perbaharui kad hijau cidb anda.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda.
Terima kasih.