Seperti yang anda ketahui, setiap kontraktor yang ingin terlibat dalam dunia pembinaan samaada dalam bidang mekanikal, kejuruteraan awam, fasiliti, elektrikal, atau lain-lain. WAJIB berdaftar dengan CIDB. Terdapat tiga jenis sijil yang dikeluarkan oleh CIDB. Iaitu Perakuan Pendaftaran (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan SIjil Taraf Bumiputera (STB). Selain itu, untuk memohon Sijil Perolehan Kerja Kerajaan atau SPKK, syarikat perlu mempunyai Sijil MCORE atau sijil SCORE. Anda nak tahu siapa yang perlu mohon setiap sijil yang dikeluarkan oleh CIDB? Jom, kami terangkan pada anda!
PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK)
Secara undang-undang, setiap kontraktor yang ingin terlibat dalam dunia berkaitan pembinaan termasuklah dalam bidang mekanikal, awam, fasiliti, elektrikal dan lain-lain WAJIB berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB. Apabila syarikat kontraktor telah berdaftar dengan CIDB, syarikat kontraktor tersebut akan mempunyai sijil perakuan daripada CIDB yang sah.
Kelayakan minima untuk memohon Perakuan Pendaftaran Kontraktor atau PPK adalah perlu mempunyai syarikat atau perniagaan atau persatuan yang berdaftar terlebih dahulu. Syarikat juga perlulah mempunyai modal yang mencukupi berdasarkan modal yang telah ditetapkan oleh CIDB. Manakala, bagi syarikat yang ingin mendaftar bagi Gred 4 dan keatas, syarikat perlulah malampirkan sijil teknikal atau sijil akademik dalam bidang berkaitan.
SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK)
Bagi permohonan SPKK pula, dibuka kepada mana-mana kontraktor yang ingin menyertai sebut harga atau tender yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan. Pemegang SPKK layak menyertai mana-mana perolehan kerajaan dalam bidang pembinaan mengikut kelayakan yang ditetapkan. Pemohon perlu memastikan syarikat telah memiliki PPK bagi melayakkan syarikat memohon SPKK.
SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB)
Permohonan Sijil Taraf Bumiputera atau STB dikhaskan kepada pemohon bumiputera. Syarikat yang ingin memohon perlulah mempunyai pegangan & bilangan saham, pengurusan dan pekerja bumiputera melebihi 51%.
Jadi, anda dah faham anda perlu daftar CIDB atau tak? Anda berminat nak daftar tapi tak tahu cara macam mana? Jangan risau? Anda boleh whatsapp kami sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang pendaftaran lesen kontraktor secara percuma!






